Ulasan kritis E.M.A.S

E.M.A.S menerima ulasan kritis dari pengkritik muzik. Zul Husni dari Berita Harian mengulas album ini sebagai bukti kematangan Siti selepas 8 tahun melayari industri muzik.[5] Seorang pengulas dari Harian Metro memuji Siti kerana mengekalkan mutu piawai dengan memberikan yang terbaik apabila menyanyikan sebarang lagu.[6] Di dalam ulasan oleh Jad Mahidin dari Sunday Mail, beliau memberikan taraf 4 bintang untuk album ini.[7] Beliau berkata album ini amat "menarik" dari mula hingga akhir dan memuji "vokal yang memukai melalui album".[7] Suzan Ahmad daei Berita Minggu juga yakin dengan pendapat Jad dengan memuji vokal Siti di dalam album ini.[8]

Rujukan

WikiPedia: E.M.A.S http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.sitizone.com/sz/index.php?option=com_co... http://archive.is/0fdyQ http://archive.is/7TzBC http://www.nib.com.my/archives/text/view/28942094?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/3640138?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44566934?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44835955?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/7706643?p... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt...